Wednesday, October 28, 2009

Seminar Pengurusan Sukan Peringkat Kebangsaan

bersama timbalan presiden persekutuan kebangsaan berbasikal malaysia PKBM dato' naim mohamed serta rakan media hafizal hamad dan ismadi(duduk)

Salam... lewat seminggu baru nak post... almaklumlah lepas je seminar ni saya prepare untuk ride mtb jamboree melaka.. pastu dengan masalah line broadband kat rumah lagi. tempat lain ok pulak..

ok lah... terlebih dahulu saya ingin melakar sejuta penghargaan buat persatuan penulis2 sukan malaysia SAM kerana memberi peluang untuk saya sama2 menghadiri seminar berkaitan pengurusan sukan ini yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara MSN. 6 ahli sam termasuk saya dipilih. yang lain2 adalah dari jabatan2 sukan di universiti2, persatuan2 sukan dan mereka2 yang mempunyai hubungkait dengan sukan.

amatlah bermanfaat seminar ini kerana sedikit sebanyak kita dapat maklumat mengenai cara mengurus sukan dengan baik termasuk penyediaan prasarana, mengurus atlet, hubungan dengan media2 sukan dan lain2 lagi.

saya juga berkesempatan bertemu dengan orang2 kuat sukan selain rakan2 dari persatuan sukan yang sering berhubung rapat dengan pihak media. juga turut dapat mengenali lain2 peserta dari bermacam2 persatuan sukan.

lebih 300 peserta dari seluruh negara menyertai seminar yang julung2 kali diadakan ini. diharap pada tahun hadapan ia dapat diteruskan dengan input2 yang lebih menarik lagi...

cuma kalau boleh biarlah ianya di bandar2 besar dan bukan di atas bukit di awana genting. cukuplah sekali ini. sebab saya lihat banyak peserta mati langkah. tak ada arah tuju. tapi dari sudut lain bagus jugak sebab setidak2nya tumpuan lebih dapat diberikan daripada merayau tak tentu hala... ekekek

gambar2 boleh ditonton di SINI dan di SINI

2 comments:

  1. jambang tu bila nk potong....?
    baru la ensem pakai blazer beb.

    ReplyDelete

your comments is valuable..